Sabtu, 4 Julai 2009

Psikologi Pendidikan


Jean Piaget dilahirkan di Neuchatel (Switzerland) pada tahun 1896 dan meninggal di Geneva dalam usia 84 tahun pada tahun 1981. Pada usia 10 tahun ia sudah memulai kariernya sebagai peneliti dan penulis. Piaget sangat tertarik pada ilmu biology dan ia menulis kajian tentang albino sparrow (burung gereja albino) yang semakin membuatnya tertarik untuk mendalami ilmu alam.
Piaget memperoleh gelar Ph.D pada tahun 1918 di universiti Neuchatel dalam bidang ilmu haiwan. Pada tahun 1925 ia mulai menunjukkan minatnya pada bidang falsafat dan pada tahun 1929 ia diangkat menjadi profesor dalam "Scientific Thought" di Jeneva. Ia mulai terjun dalam dunia psikologi pada tahun 1940 dengan menjadi direktor laboratorium psikologi di Universiti Jeneva. Lalu kemudian ia juga terpilih sebagai ketua dari "Swiss Society for Psychologie".
Piaget adalah seorang tokoh yang amat penting dalam bidang psikologi perkembangan. Teori-teorinya dalam psikologi perkembangan yang mengutamakan unsur kesadaran (kognitif) masih dianut oleh banyak orang sampai hari ini. Teori-teori, metod-metod dan bidang-bidang penelitian yang dilakukan Piaget dianggap sangat original, tidak sekadar melanjutkan hal-hal yang sudah terlebih dahulu ditemukan orang lain.
Selama menjawat sebagai profesor di bidang psikologi kanak-kanak, Piaget banyak melakukan penelitian tentang Genetic Epistemology (ilmu pengetahuan tentang genetik). Ketertarikan Piaget untuk menyelidiki peranan genetik dan perkembangan kanak-kanak, akhirnya menghasilkan suatu mahakarya yang dikenal dengan nama Theory of Cognitive Development (Teori Perkembangan Kognitif).

Dalam teori perkembangan kognitif, Piaget mengemukakan tahap-tahap yang harus dilalui seorang anak dalam mencapai tingkatan perkembangan proses berfkir formal. Teori ini tidak hanya diterima secara luas dalam bidang psikologi tetapi juga sangat besar pengaruhnya di bidang pendidikan.

TEORI PERKEMBANGAN JEAN PIAGET
Penemuan-penemuan Piaget berdasarkan pemerhatian, deskripsi dan analisis bilangan kecil kanak-kanak. Dia menumpukan perhatian kepada 3 anaknya sendiri yang dilahirkan antara 1925 dan 1931. Bagaimana pun pendekatan ini tidak diterima oleh ahli-ahli psikologi lain terutama ahli psikologi behavioris apabila dia cuba menerangkan peristiwa-peristiwa mental ('mental events'). Dia sungguh tertarik dengan cara siput atau 'mollusks' menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Menggunakan idea daripada biologi dia mencadangkan bahawa pembelajaran adalah hasil daripada 2 proses utama iaitu ORGANISASI dan ADAPTASI. Organisasi ialah sifat dalaman organisme untuk bertindak untuk menyusun persekitaran manakala adaptasi ialah penyesuaian dengan persekitaran fizikal. Dengan perkataan lain organisasi ialah proses dalaman dan adaptasi ialah proses luaran.

Untuk menerangkan dengan lebih lanjut bagaimana kedua-dua proses ini menerangkan pembelajaran , Piaget memperkenalkan 4 konsep utama:
1) Skema (Schema)
2) Asimilasi (Assimilation)
3) Akomodasi (Accomodation)
4) Keseimbangan (Equilibrium)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan