Sabtu, 4 Julai 2009

Kaunseling

Kaunseling boleh dirangkumkan bahawa ia adalah satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan atika kaunseling. Daripada definisi ini, kita tahu kaunseling adalah suatu perbincangan yang melibatkan antara kaunselor dengan individu atau kaunselor dengan kelompok kecil. Individu atau kelompok kecil ini adalah mereka yang mempunyai masalah serta memerlukan kaunselor bagi membimbing mereka menyelesaikan masalah tersebut. Jadi disini, kaunselor dan individu atau kelompok bersama-sama memikirkan cara penyelesaian masalah yang dialami. Di dalam
Kaunseling terdapat beberapa altenatif jalan penyelesaian masalah yang dicapai bersama. Individu atau kelompok kecil bersama kaunselor akan memilih jalan penyelesaian seterusnya dengan bantuan kaunselor, individu atau kelompok kecil akan melaksanakan jalan penyelesaian yang dipilih.

Bagi menjalankan satu sesi kaunseling, persediaan awal harus dilakukan oleh kaunselor apabila bertemu dengan kliennya buat kali yang pertama. Antara persediaan tersebut ialah dengan memastikan persekitaran perjumpaan selesa dan selamat. Tempat perjumpaan perlulah selesa dari segi suasana, kebersihan, tempat yang menarik seperti susunan perabot dan hiasan serta selamat seperti boleh membawa kepada perlakuan jenayah. Kaunselor juga perlu memastikan segala perbualan antara klien dengan kaunselor tidak boleh didengari oleh orang lain. Jadi perlu disediakan sebuah bilik khas untuk sesi temubual ini yang tidak meragukan klien seperti bilik bercermin. Secara tidak lansung dapat mewujudkan satu keadaan yang selesa kepada klien. Kaunselor juga perlu mengenalpasti supaya sesi tiada gangguan daripada orang lain atau benda serta bunyi-bunyian. Sebagai contoh tempat sesi bukannya dibuat ditempat orang ramai lalu lalang dan berjauhan daripada bunyi bising seperti bunyi orang melakukan kerja pengubahsuaian bilik dan sebagainya. Ini akan mendorong penumpuan serta penghayatan semasa sesi dijalankan. Akhir sekali, kaunselor perlu bijak memberi ketengan kepada klien semasa sesi dijalankan dengan kemahiran-kemahiran asas komunikasi serta teknik menjalankan sesi temubual atau kaunseling.

Persediaan awal lain yang perlu diambil ialah semasa pengambilan klien, kaunselor perlu tahu latar belakang klien dengan cara meminta klien mengisi borang maklumat. Ini supaya kaunselor boleh menilai dan memahami dengan lebih sifat klien untuk mewujudkan sesi yang berkesan. Kaunselor juga perlu membuat kaji selidik tentang klien seperti membuat pemerhatian secara lisan dan bukan lisan seperti cara kehidupan klien semasa dirumah, riak wajah serta perubahan wajah semasa sesi dijalankan, gerakan badan klien, cara berpakaian berdandan dan sebagainya supaya dapat mengenali kliennya dengan lebih mendalam bagi mewujudkan pandangan klien bahawa kaunselor adalah seorang yang berpengetahuan dan bijak.

Sehubungan dengan itu, untuk menjalankan sesuatu sesi kaunseling, seorang kaunselor haruslah mengikut cara dan prosedur menemubual agar keberkesanan sesi dapat dilaksanakan berdasarkan objektif dan tujuan kaunseling. Ini harus dititik beratkan terutamanya dalam sesi temubual pertama supaya satu ikatan sesi temubual dapat dijalin dengan kerelaan klien itu sendiri. Prosedur sesi tersebut harus mempunyai permulaan, pertengahan dan akhiran dimana kaunselor harus bijak menyesuaikan bagaimana memulakan sesi, meneruskan sesi dan mengakhiri sesi temubual tersebut. Terdapat lima(5) fasa menemubual di dalam melaksanakan sesi kaunseling.

Tiada ulasan:

Catat Komen